Soalan Lazim

Sumbangan.com

sumbangan.com adalah sebuah platform pengumpulan sumbangan yang menghubungkan antara pemohon dan penyumbang secara atas talian. Ianya diwujudkan untuk membantu organisasi/pertubuhan yang memerlukan sumbangan secara telus, mudah dan sistematik tanpa ada eksploitasi. Kaedah pengumpulan sumbangan adalah melalui crowdfund secara atas talian. Crowdfund adalah satu bentuk pengumpulan dana daripada orang ramai.

Tidak. sumbangan.com hanyalah platform untuk organisasi/pertubuhan membuat kempen dan segala transaksi adalah secara atas talian sahaja.

Antara manfaat membuat kempen di sumbangan.com adalah organisasi/pertubuhan boleh melihat aliran transaksi setiap kempen melalui platform ini.

Selain itu, penganjur kempen juga akan mendapat manfaat-manfaat seperti berikut:

  1. Laporan Harian - Penganjur kempen (organisasi/ pertubuhan) akan menerima laporan yang tepat & telus setiap hari.
  2. Aplikasi Telefon Pintar - Pengguna dapat akses ke sumbangan.com di mana-mana sahaja tanpa membuka Laptop atau komputer.
  3. Vanity URL - Setiap kempen akan disertakan pautan khas bagi membezakan kempen-kempen yang ada.
  4. Notifikasi Laporan - Penganjur kempen akan menerima notifikasi bagi setiap laporan yang telah dikemaskini oleh pihak sumbangan.com.
  5. Butang Share - Setiap Kempen juga akan disediakan satu butang Share untuk dikongsikan di media sosial penganjur kempen.

Ianya terbuka kepada mana-mana badan organisasi atau pertubuhan yang berdaftar serta NGO yang ingin membuat kempen secara atas talian.

Sekiranya terdapat mana-mana individu yang ingin membuat kempen perlu didaftarkan bawah NGO yang telah berdaftar di platform sumbangan.com. Untuk pertanyaan berkenaan kempen (individu) sila rujuk Pegawai sumbangan.com di Hotline +6019 447 5555.

Berdasarkan statistik 100%:

  1. Pertama :Bermula dengan kenalan rapat. (rakan terdekat dan keluarga)
  2. Kedua :Melalui kenalan yang jauh. (rakan-rakan melalui media sosial)
  3. Ketiga :Melalui orang awam yang mendapat maklumat melalui hebahan yang telah dilakukan oleh pihak pertama & pihak kedua.

Hasil sumbangan adalah daripada orang awam dan juga bergantung kepada usaha hebahan yang dilakukan oleh pihak penganjur kempen.

sumbangan.com tidak mengenakan apa-apa caj pendaftaran atau caj membuat kempen di laman sumbangan.com. Namun begitu, sumbangan.com hanya akan mengenakan caj pengurusan platform iaitu sebanyak RM2.00 atau 5% bagi mana-mana yang lebih tinggi untuk setiap transaksi yang berjaya. Caj pengurusan ini akan dikenakan bagi sumbangan atas talian sahaja. Jumlah sumbangan yang dipaparkan melalui platform merupakan jumlah keseluruhan sumbangan yang diterima melalui atas talian dan masih belum ditolak caj pengurusan platform.

sumbangan.com tidak mengenakan apa-apa caj pendaftaran atau caj membuat kempen di laman sumbangan.com. Namun begitu, sumbangan.com hanya akan mengenakan caj pengurusan platform iaitu sebanyak RM2.00 atau 5% bagi mana-mana yang lebih tinggi untuk setiap transaksi yang berjaya. Caj pengurusan ini akan dikenakan bagi sumbangan atas talian sahaja. Jumlah sumbangan yang dipaparkan melalui platform merupakan jumlah keseluruhan sumbangan yang diterima melalui atas talian dan masih belum ditolak caj pengurusan platform.

Pihak sumbangan.com akan membuat pengesahan melalui dokumen yang dihantar semasa pendaftaran iaitu melalui semakan di portal SSM, eROS, Jabatan Pendidikan, JAWI, JAKIM dengan mengikut dokumen sokongan yang dikepilkan oleh pihak pemohon.

Setiap tahun Gerbang Sumbangan Sdn Bhd akan diaudit oleh syarikat yang telah dilantik melalui badan perakaunan negara.

Akaun sumbangan.com adalah profil anda yang telah didaftarkan dalam sistem sumbangan.com. Dengan memiliki akaun, anda boleh mengakses ke laman sumbangan.com dan menggunakan ciri-ciri laman seperti membuat kempen, melihat rekod transaksi sumbangan dan menyumbang.

Tidak. Anda boleh menyumbang tanpa memiliki akaun di sumbangan.com. Namun begitu, pihak sumbangan.com menggalakkan anda untuk mendaftar dan bersama-sama komuniti #Penyumbang.

Pengguna boleh mengakses ke sumbangan.com dan klik pada bahagian daftar untuk mendaftar. Untuk pendaftaran akan terbahagi kepada 2 kategori penganjur dan pemohon.

  1. Permohonan Penganjur:

    Untuk pertubuhan atau organisasi, NGO, badan bukan komersial dan individu.

  2. Penyumbang:

    Untuk orang awam yang ingin membuka akaun profil dan membuat sumbangan.

Anda boleh mengajukan pertanyaan kepada kami sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan ataupun permasalahan.. Kami sedia membantu anda dengan hati yang terbuka.

Waktu operasi sumbangan.com:

Hari : Isnin hingga Jumaat
Masa : 9.00 AM - 6.00 PM
Hotline : +6019 447 5555
Emel : [email protected]

Anda boleh melaporkan kempen yang mencurigakan melalui menu Laporan yang ada pada laman kempen.

Sila lampirkan dokumen berikut untuk menyokong laporan yang anda berikan:

  1. Pautan berita/website
  2. Gambar
  3. Bukti suara atau perbualan melalui rakaman ataupun melalui penulisan mesej
  4. Nombor telefon bagi tujuan pengesahan

Tidak sama sekali. Pihak sumbangan.com akan melindungi maklumat anda daripada umum.

Kempen yang terdapat di sumbangan.com merupakan kempen yang dijalankan oleh penganjur kempen yang berdaftar (organisasi/pertubuhan). Setiap kempen akan melalui proses semakan & penilaian untuk diluluskan dan dipaparkan ke dalam laman web.

Tidak. sumbangan.com hanya menyediakan platform sahaja untuk penganjur kempen membuat kempen.

Kejayaan sebuah kempen dalam mencapai jumlah sasaran adalah bergantung kepada penganjur kempen dari segi kualiti maklumat dan jaringan promosi serta hebahan yang dilakukan.

Namun begitu, sumbangan.com juga ada menyediakan khidmat pemasaran kempen oleh syarikat yang berpengalaman. Bagi mendapatkan maklumat syarikat pemasaran ini, sila hubungi Hotline sumbangan.com di talian +6019 447 5555.

Untuk menjadikan kempen tertera di laman utama, kempen tersebut perlulah melalui proses penilaian seperti semakan, pengesahan dan kelulusan daripada pihak sumbangan.com.

Penilaian yang akan dibuat oleh pihak sumbangan.com adalah berdasarkan kualiti kempen, jumlah sumbangan dan jenis bantuan kecemasan yang diperlukan.

Bermula Mac 2021 pihak sumbangan.com telah mengehadkan kepada RM200,000.00 sahaja bagi setiap kempen.

Tidak. Setiap kempen individu yang didaftarkan di bawah mana-mana NGO ataupun kempen organisasi/pertubuhan tidak akan mendapat sebarang ganjaran.

Setiap hari, sumbangan.com digunakan oleh ribuan #Penyumbang dari Malaysia dan luar negara untuk membuat kempen dan menyumbang.

Secara umumnya, sumbangan.com memberi kemudahan dari segi pengumpulan sumbangan yang tidak bertentangan dengan undang-undang di Malaysia.

Sehubungan itu, kami berharap agar anda menjaga & menggunakan sumbangan.com dengan penuh tanggungjawab untuk menyalurkan kebaikan & menyemarakkan semangat saling tolong-menolong antara kita.

Penganjur Kempen perlulah :

  1. Sahih & tepat

    Penganjur kempen perlu memberikan maklumat yang tepat dan sahih untuk kempen yang dijalankan bermula daripada pendaftaran sehingga maklumat kempen (info grafik dan penulisan)

  2. Beradab dan beretika

    Setiap penganjur kempen perlulah mengutamakan etika dan adab semasa menjalankan kempen dan juga semasa membuat hebahan kepada penyumbang (orang awam).

  3. Menjaga ketelusan atau maklumat peribadi

    Melindungi maklumat sulit semasa kempen sedang giat dijalankan dan bersedia untuk dihubungi oleh sumbangan.com sekiranya diperlukan.
    Menjaga maklumat berkenaan penggunaan sumbangan yang telah terkumpul di ruangan Doa #Penyumbang.

Kandungan Yang Dilarang:

  1. Penulisan serta maklumat yang diberikan tidak benar.
  2. Kandungan atau maklumat yang mempunyai unsur jenayah siber.
  3. Memuat naik maklumat yang salah/menyalahi undang-undang.
  4. Memuat naik maklumat yang mengandungi kandungan pornografi.
  5. Memuat naik maklumat yang mengandungi unsur kebencian antara satu sama lain.
  6. Membuat kempen untuk kegiatan politik.
  7. Mengumpul sumbangan tanpa kebenaran dan keizinan daripada penerima sumbangan.
  8. Mengumpul sumbangan dengan tujuan untuk mengganggu keamanan umum atau menyentuh sensitiviti budaya dan agama.
  9. Membuat kempen dan mengumpul sumbangan untuk membayar hutang oleh pihak penganjur kempen.
  10. Membuat kempen untuk membayar ibadah zakat atau korban.
  11. Pengumpulan sumbangan untuk pembayaran menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

Penulisan penceritaan kempen adalah satu daripada kunci kejayaan. Anda perlu menulis cerita yang membuat penyumbang tersentuh hati dan memutuskan untuk menyumbang serta menyokong kempen Anda.

Berikut adalah 5 maklumat penting yang perlu ada dalam kempen Anda:

  1. Sebutkan nama individu/pertubuhan, latar belakang/penerangan secara ringkas, dan hubungan Anda dengan pihak yang ingin dibantu.

    Contoh 1: Nama saya Raffi, merupakan rakan sekerja Annisa di Kuala Lumpur.

    Contoh 2: Saya Ahmad, merupakan mahasiswa semester 5 di UiTM, Shah Alam dan sekelas bersama Nurul.

  2. Tuliskan keadaan individu yang ingin dibantu.

    Untuk penyakit, nyatakan nama penyakit dan keadaan terkini individu tersebut serta rawatan yang telah dilalui sepanjang tempoh sakit.

    Contoh: Annisa telah mengalami kemalangan jiwa pada Rabu minggu lepas. Kini beliau dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Kuala Lumpur.

  3. Jelaskan sumbangan diperlukan juga untuk membiayai apa-apa jua jenis kos.

    Contoh: Daripada jumlah sumbangan yang terkumpul, ianya akan digunakan untuk membiayai pembedahan di bahagian kaki dan tangan yang menelan kos sebanyak RM15,000.00 di Hospital Kuala Lumpur.

  4. Sebagai penutup, Anda perlu mengajak penyumbang untuk menyumbang.

    Contoh: Jom rakyat Malaysia! Bantuan anda mampu meringankan beban yang ditangguh oleh adik Annisa. Klik SUMBANG SEKARANG.

  5. Emel dan nombor telefon untuk dihubungi.

    Contoh: Untuk info lebih lanjut, anda boleh menghubungi saya di 019 - 477 5555 atau emel kepada [email protected] untuk sebarang pertanyaan lebih lanjut.

Tidak boleh. Semua perubahan perlulah dimaklumkan kepada pihak sumbangan.com melalui [email protected].

Tidak. Jika anda meletakkan nombor akaun bank organisasi/pertubuhan dan individu, sumbangan yang disalurkan oleh penyumbang akan terus ke akaun bank pemohon. Hal ini akan menyebabkan sumbangan.com tidak dapat merekodkan transaksi sumbangan kempen anda.

Ya. Kempen boleh dibatalkan jika pemohon mempunyai alasan yang kukuh. Untuk proses pembatalan mestilah disertakan bersama Surat Pembatalan Kempen oleh pihak penganjur kempen kepada penyedia platform. Wang sumbangan juga akan diserahkan mengikut jumlah terakhir yang telah terkumpul selepas penolakan caj pengurusan platform.

Jika kempen anda telah mencapai jumlah sasaran sebelum tarikh yang ditetapkan, anda boleh hubungi Hotline sumbangan.com di talian +6019 - 447 5555 atau boleh juga emelkan kepada [email protected].

Sebarang perubahan perlulah mendapat kelulusan daripada pihak sumbangan.com.

Jika anda ingin mengubah tajuk kempen, sila emelkan kepada [email protected] dengan format berikut:

Tajuk Emel : Perubahan Tajuk Kempen
Tujuan Emel :

  1. Maklumat penganjur kempen yang telah mendaftar di sumbangan.com
  2. Maklumat kempen (Tajuk Asal)
  3. Tajuk yang ingin ditukar (Had kepada 50 huruf sahaja)
  4. Alasan perubahan tajuk

Pihak sumbangan.com akan menilai kembali perubahan yang ingin dilakukan oleh pihak penganjur kempen dan pihak kami akan memberi maklum balas dalam tempoh 3 hari waktu bekerja.

Nota:
Persetujuan perubahan tajuk kempen akan dinilai semula oleh pihak sumbangan.com. Tajuk baharu yang telah dipersetujui tidak menjejaskan isi kandungan penerangan kempen.

Boleh. Pemohon perlu menghantarkan emel Penamatan Kempen dan nyatakan alasan yang kukuh ke [email protected].

Tidak. Jumlah sasaran kempen tidak boleh diubah. Namun begitu, jika ada sebarang keperluan untuk mengubah jumlah sasaran sesuatu kempen, sila hantarkan emel permohonan ke [email protected].

Pastikan gambar yang dihantar untuk dimuatnaik ke dalam platform adalah dalam bentuk PNG atau JPEG dengan resolusi gambar berukuran tidak lebih daripada 2MB.

Ya, setiap penganjur kempen perlu menetapkan tarikh akhir kempen. Maksimum tempoh kempen berjalan di platform adalah selama setahun (mengikut kepada tarikh yang ditetapkan). Jika kempen anda telah melepasi tarikh akhir, pihak sumbangan.com akan menutup kempen tersebut secara automatik.

Link kempen adalah pautan khas yang digunakan untuk mengakses kempen anda.

Oleh itu, pastikan anda menulis perkataan yang ringkas, mudah, releven dan menarik supaya pautan tersebut mudah diingati. Sebagai contoh, anda boleh memasukkan nama penerima sumbangan / individu yang dibantu.

Jika anda membuat kempen di sumbangan.com, perlu diketahui bahawa kejayaan kempen mencapai jumlah sasaran dalam masa yang telah tetapkan adalah bergantung kepada penganjur kempen sendiri.

Sumbangan.com hanya menyediakan platform untuk pengguna melakukan kempen atas talian, penganjur kempen yang perlu membuat hebahan kempen tersebut.

2 kunci kejayaan untuk membuatkan kempen berjaya di sumbangan.com:

  1. Hebahan : Membuat hebahan/promosi ke semua media masa dan melalui penyumbang umum (kenalan/awam).
  2. Penulisan : Penulisan dan penceritaan yang menarik dalam penerangan kempen yang dilakukan akan menarik serta menyentuh hati penyumbang.

Hebahan dan promosi merupakan kunci utama dalam kejayaan kempen. Hal ini adalah berdasarkan statistik sumbangan.com iaitu sebanyak 70% sumbangan adalah hasil daripada hebahan yang telah dilakukan.

Penulisan serta penceritaan yang menarik pula merupakan tunjang kedua dalam menyentuh hati para penyumbang yang ingin membuat sumbangan di kempen anda.

Oleh itu, penganjur kempen perlu memberi fokus kepada kedua-dua aspek yang telah dinyatakan untuk memastikan kejayaan kempen tersebut.

Menurut statistik yang dikeluarkan oleh sumbangan.com, 60% sumbangan adalah berasal daripada perkongsian pautan yang dilakukan melalui aplikasi mesej (Whatsapp, Telegram, Line dan sebagainya). Ini menunjukkan bahawa, anda perlu membuat hebahan secara meluas melalui jaringan aplikasi mesej yang telah tersedia demi kejayaan kempen anda.

Liputan melalui media masa akan membantu kempen yang dilakukan lebih cepat menjadi viral dan lebih dikenali umum.

Selain itu, untuk menjadikan kempen anda diketahui umum, anda juga boleh mencuba pelbagai cara lain, antaranya adalah:

  1. Meminta kenalan, keluarga dan rakan yang bekerja sebagai wartawan untuk bersama membantu dalam membuat hebahan.

  2. Menghantar press release kepada media yang anda sasarkan. Tulis press release secara ringkas (jangan lebih dari satu muka surat) dan jangan lupa sertakan nombor untuk dihubungi. Hantarkan penulisan press release tersebut ke emel media tersebut.

  3. Menghantar press release kepada media yang anda sasarkan. Tulis press release secara ringkas (jangan lebih dari satu muka surat) dan jangan lupa sertakan nombor untuk dihubungi. Hantarkan penulisan press release tersebut ke emel media tersebut.

  4. Tag & mention akaun media masa di setiap post atau status media masa anda. Contohnya: tag dan mention akaun Facebook, Instagram atau Twitter sesebuah media semasa anda post perkembangan terkini kempen anda.
    (Contohnya : Jangan kita lupa saudara kita yang kesusahan. Anda boleh menyumbang seikhlas hati di sumbangan.com. @TV3 @HotFM @AstroAwani)

  5. Menghantar maklumat kempen anda di media sosial influencers atau selebriti bagi mendapatkan hebahan yang lebih meluas. Anda boleh memanfaatkan cara ini dengan menghantar maklumat kempen anda melalui DM (Direct Message) ke Facebook, Instagram atau Twitter influencers & selebriti tersebut.

Update atau laporan perkembangan kempen wajib ditulis sebagai bentuk tanggung jawab kepada penyumbang atas sumbangan yang telah mereka berikan.

Antara cara yang terbaik untuk penulisan perkembangan kempen anda adalah :

  1. Ucapan penghargaan kepada penyumbang.
  2. Gambar terkini penerima sumbangan yang terbaru.
  3. Maklumat penggunaan sumbangan.
  4. Perancangan penggunaan hasil sumbangan di masa hadapan sekiranya terdapat lebihan sumbangan.

Anda boleh menulis update bila-bila sahaja walaupun kempen anda telah berakhir.

Update yang telah ditulis tidak boleh diubah atau dipadam. Update tersebut juga telah dihantar ke setiap penyumbang kempen anda setelah anda menulis Update tersebut.

‘Error’ terjadi kerana anda menggunakan karakter selain daripada huruf, nombor dan tanda baca.

5 ciri proses pengesahan akaun adalah:

  1. Belum lengkap: Pemohon masih belum menyediakan dokumen yang mencukupi untuk disahkan.
  2. Dalam penelitian: Dokumen yang diberikan sedang dalam proses penelitian peringkat pertama.
  3. Dalam proses: Dokumen yang diberikan sedang dalam proses penelitian di peringkat akhir oleh pihak sumbangan.com.
  4. Permohonan ditolak: Permohonan yang dikemukakan ditolak jika dokumen yang dikemukakan tidak lengkap atau tidak menepati syarat permohonan.
  5. Permohonan berjaya: Jika permohonan berjaya, maklumat yang dikemukakan akan disahkan oleh sumbangan.com.
  1. Organisasi/Pertubuhan;
      1. Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM) atau
      2. Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) atau
      3. Surat Pengesahan Pendaftaran dari Jabatan / Kementerian

    1. Kepala Akaun Bank
      Setiap permohonan kempen individu (yang telah lulus) akan diletakkan di bawah mana-mana NGO yang telah berdaftar di bawah sumbangan.com atas persetujuan NGO tersebut. Bagi individu yang ingin memohon kempen sila kemukakan dokumen dibawah bagi proses penilaian oleh pihak sumbangan.com.

  2. Individu
      1. Surat Pengesahan Mastautin oleh Penghulu/ Ketua Kampung/Pengerusi JKKK/Nazir Masjid/ Pengerusi Jawatankuasa Penduduk/Taman Perumahan atau
      2. Pengesahan Laporan Perubatan daripada Hospital
    1. Salinan Kad Pengenalan
    2. Salinan Bil Elektrik atau Salinan Bil Air

Pemohon perlulah memuat naik sijil/dokumen yang diperlukan di ruangan yang telah disediakan di platform sumbangan.com.

Ada beberapa alasan pengesahan pendaftaran gagal disahkan, antaranya adalah :

  1. Dokumen yang dikemukakan tidak lengkap seperti tidak jelas.
  2. Memuat naik dokumen yang salah seperti (akaun kepala bank peribadi) untuk kempen pertubuhan/organisasi/NGO atau badan bukan komersial.
  3. Nama pertubuhan/organisasi berdaftar adalah tidak sama seperti yang tertera di dokumen yang telah dikepilkan.
  4. Menghantar dokumen telah tamat tempoh seperti SSM yang telah tamat tempoh.
  5. Memberikan nombor telefon/emel yang tidak sah. Hal ini akan menyukarkan pihak sumbangan.com menghubungi pemohon.

NOTA : Pihak sumbangan.com akan menghubungi pihak penganjur kempen sebelum meluluskan pendaftaran dalam tempoh 3 hari bekerja.

Anda boleh memohon kembali melalui platform sumbangan.com dengan menghantar dokumen yang lengkap atau menghubungi kami di talian +6019 447 5555 atau emel di [email protected] untuk berhubung dengan pegawai sumbangan.com yang bertugas.

Pihak pemohon akan mendapat makluman pengesahan pendaftaran daripada emel [email protected].

Proses pengesahan akan mengambil masa dalam tempoh 3 hari bekerja.

Tiada syarat ditentukan oleh pihak sumbangan.com. Pihak sumbangan.com juga akan membuat pemindahan pada setiap minggu iaitu pada setiap hari Khamis.

Sumbangan yang telah terkumpul akan dikreditkan ke akaun penganjur kempen dalam tempoh 4 hari bekerja selepas laporan dikeluarkan.

Laporan akan dikeluarkan setiap hari Isnin pada setiap minggu.

4 hari waktu bekerja.

Berikut adalah beberapa maklumat penting berkaitan jumlah kutipan sumbangan secara mingguan yang perlu anda tahu:

  1. Jumlah kutipan sumbangan mingguan akan masuk ke dalam akaun penganjur kempen dalam tempoh 4 hari bekerja selepas laporan dikeluarkan oleh pihak sumbangan.com. Dalam tempoh 4 hari bekerja tersebut, sumbangan.com akan memeriksa sekiranya ada sebarang laporan penyalahgunaan serta laporan yang berkaitan untuk ditapis.
  2. Setelah pihak sumbangan.com membuat pemeriksaan, kutipan sumbangan mingguan terssebut akan dikreditkan ke akaun penganjur kempen secara automatik.

Jika telah mencapai tarikh akhir kempen dan jumlah sumbangan masih belum mencapai sasaran, pihak penganjur kempen boleh memohon pengeluaran sumbangan yang terkumpul.

Pihak sumbangan.com akan menutup kempen tersebut sekiranya kempen tidak menunjukkan apa-apa perubahan selepas 14 hari dipaparkan.

Pihak sumbangan.com akan memaklumkan kepada penganjur kempen melalui emel.

Penganjur kempen juga boleh merujuk status pengkreditan sumbangan pada maklumat kempen.

Tiada.

Penganjur kempen perlu menulis laporan tentang hasil daripada jumlah kutipan sumbangan yang telah diberikan kepada penganjur kempen agar penyumbang mengetahui saluran sumbangan dan manfaat yang penyumbang dapat dalam membantu orang-orang yang kesusahan.

Penganjur kempen boleh melihat butiran sumbangan melalui papan pemuka.

Penganjur kempen boleh log masuk ke dalam platform sumbangan.com melalui username dan password sementara yang diberikan oleh pihak penyedia platform melalui emel.

Pihak pemohon boleh mencipta kempen untuk membuat kempen-kempen baharu di dalam platform sumbangan.com dengan memasukkan maklumat yang diperlukan seperti poster, tajuk, penulisan, jumlah sasaran, tarikh akhir kempen, singkatan kempen (untuk membuat URL khas kempen).

Tidak. Butiran penyumbang adalah maklumat sulit. Ianya dilindungi bawah Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA).

Jumlah sumbangan yang terpapar di papan pemuka admin adalah jumlah bersih yang telah ditolak dengan caj pengurusan platform sebanyak RM2.00 atau 5% bagi mana-mana yang lebih tinggi.
Manakala, jumlah sumbangan di platform sumbangan pula adalah jumlah yang belum ditolak caj pengurusan platform.

Setiap hari, sumbangan.com digunakan oleh ribuan #Penyumbang dari Malaysia dan luar negara untuk membuat kempen dan juga menyumbang. Secara umum, sumbangan.com memberikan kemudahan dalam membuat kempen. Hal ini tidak bertentangan dari segi undang-undang mahupun syariah di Malaysia. Namun begitu, perlu diingat bahawa menjadi tanggungjawab kami untuk menjaga kualiti kempen yang terdapat di platform sumbangan.com dari semasa ke semasa.

Berdasarkan kenyataan yang diberikan di atas, kami mempunyai kuasa untuk menamatkan kempen secara automatik di platform sumbangan.com demi menjaga kualiti.

Di bawah adalah penerangan lanjut berkenaan pelaksanaan penamatan kempen:

  1. Kategori : Semua kategori kempen
  2. Dalam tempoh 14 hari dari tarikh kempen anda diluluskan, jika tiada sumbangan yang diterima untuk kempen tersebut, pihak kami akan menutup kempen anda serta-merta.
  1. Bagaimana cara menyumbang melalui sumbangan.com?

    Anda boleh layari laman web www.sumbangan.com dan daftar sebagai Penyumbang dan isikan maklumat ringkas.


  2. Apakah cara pembayaran yang boleh digunakan untuk menyumbang?

    Melalui sumbangan.com, penyumbang boleh menyumbang secara atas talian menggunakan 4 kaedah iaitu :

    1. FPX
    2. Credit Card / Debit Card
    3. Touch n Go eWallet
    4. Boost eWallet

Cara menyumbang:

  1. Sila pilih kempen yang ingin dilakukan sumbangan di platform sumbangan.com.
  2. Sila isikan maklumat / butiran diri seperti yang diminta.
  3. Sila pilih kaedah pembayaran yang di inginkan (FPX, Kad Kredit, Boost, TnG) untuk melakukan pembayaran.
  4. Sila pilih bank dan masukkan nombor kad.
  5. Sila teruskan dengan pembayaran.

Nota kecil: Jika pembayaran anda berjaya, anda akan mendapat resit pembayaran daripada pihak sumbangan.com melalui emel anda.

Anda boleh menyumbang minimum RM10.00 dan tiada had maksimum untuk menyumbang (bergantung kepada kad bank anda).

Tidak, anda juga boleh menyumbang tanpa berdaftar sebagai penyumbang.

Namun begitu, pihak sumbangan.com amat mengalu-alukan pendaftaran anda sebagai penyumbang di sumbangan.com untuk bersama-sama kami dalam membina komuniti #Penyumbang.

Penyumbang akan menerima emel berkenaan status semasa sumbangan anda.

Penyumbang juga boleh melihat jumlah sumbangan di papan pemuka akaun penyumbang.

  1. Berjaya

    Sumbangan yang anda lakukan telah berjaya dan telah dapat dikreditkan ke dalam akaun platform.


  2. Gagal

    Sumbangan yang anda lakukan gagal kerana kad bank debit/kredit yang digunakan tidak mempunyai wang, telah tamat tempoh atau telah melebihi masa (semasa masukkan nombor TAC).

Untuk makluman anda, setiap sumbangan anda akan di tolak caj pengurusan iaitu sebanyak RM2.00 atau 5% bagi mana-mana yang tinggi.

Seperti organisasi lain, sumbangan.com juga mempunyai kos-kos seperti pembayaran pengurusan staf, penggunaan teknologi, infrastruktur, pembayaran kos pemasaran dan lain-lain.

Penyumbang akan menerima emel setelah sumbangan berjaya di buat.

Sumbangan anda akan disahkan dalam tempoh 3 hari bekerja selepas cek penyumbang telah selesai dijelaskan.

Hal ini terjadi mungkin disebabkan version lama lain

Anda boleh juga layari laman sesawang sumbangan.com dan membuat sumbangan semula dengan menekan butang ‘Sumbang Sekarang’ di kempen yang sama. Jika anda telah melakukan lebih daripada 2 kali dan masih gagal, anda boleh menghubungi kami di talian hotline +6019 - 447 5555 atau emel ke [email protected].

Nama penyumbang tidak akan dipaparkan di dalam platform dan hanya tertera ‘Hamba Allah’.

Caranya adalah anda perlu klik pada ruangan yang telah disediakan di bahagian paling bawah iatu ‘Rahsiakan Nama Saya Dari Senarai Penyumbang’.

Data dan maklumat anda diperlukan untuk rujukan jika berlaku sebarang permasalahan terhadap mana-mana kempen yang telah anda sumbangkan, anda akan dipanggil untuk memberi keterangan atau menjadi saksi. Segala maklumat yang anda berikan melalui platform sumbangan.com adalah dilindungi di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA).

Ya, Anda boleh mengubah nama profil tetapi anda juga perlu menghantar surat permohonan ke emel pihak sumbangan.com di [email protected]. Anda juga perlu sentiasa mengemaskini profil anda dari semasa ke semasa.

Tidak, penyumbang yang telah mendaftar tidak perlu mengisi maklumat dan boleh terus melakukan sumbangan secara langsung dan terus ke bahagian pembayaran.

Hal ini adalah kerana anda tidak mengisi maklumat dengan lengkap melalui platform tersebut atau anda mempunyai masalah capaian jaringan internet yang lemah

Sumbangan.com

Untuk Integriti.
Henti Eksploitasi & Manipulasi.
Platform yang menghubungkan penyumbang dengan pihak yang memerlukan sumbangan.

Hubungi Kami

Gerbang Sumbangan Sdn Bhd
Unit 11-2, Block 1C, Wangsa Maju,
Jalan Wangsa Delima 12, Seksyen 5,
53300 Wangsa Maju, Kuala Lumpur

+6019-4475555

Emel: [email protected]